»

27 August 2014

Nostalgia Telegram


Baru-baru ini anak bertanya JR: "Kalau zaman abah muda-muda dulu, masa tu henfon pun belum ada, di rumah pun tak ada telefon talian tetap,  bagaimana cara seseorang itu berhubung dengan kaum keluarga yang jauh?"

JR jawab kami berhubung melalui surat. Tapi yang lecehnya ialah surat yang dihantar menggunakan khidmat Pejabat Pos biasanya memakan masa  berhari-hari dan kadang-kadang berminggu-minggu baru sampai. Kalau surat dari KL ke Kedah paling cepat 5 hingga 7 hari baru sampai. Bayangkan, kalau pasangan bercinta nak tulis tiga patah kalimah sakti 'I love you' pun lebih kurang seminggu baru si-dia dapat membacanya!!

"Habis tu kalau nak beritau saudara-mara tentang berita penting seperti kematian dan sakit tenat pula bagaimana? Kalau seminggu baru surat sampai  apa maknanya, yang mati pun dah dikebumikan....lebih baik tak payah hantar surat??" tanya anak.

Kata JR kalau hal-hal kecemasan kami zaman itu gunakan perkhidmatan telegram...

Telegram? Apa itu telegram, kata anak terkejut. Yang dia tau perkataan gram-gram itu  untuk sukatan berat, yang telegram itu apa...tak pernah dengar pun?

Kerana tak pernah dengar inilah JR nak berhikayat sikit tentang telegram ini...

Pada tahun 1990an dan sebelumnya, kalau ada posmen atau polis datang ke rumah bawa telegram, pasti hati si-penerima telegram akan berdebar-debar. Mana tidaknya, biasanya telegram cuma membawa berita duka - sama ada  kematian atau ada orang terdekat sakit tenat!

Kalau ada berita kecemasan nak disampaikan kepada penerima, berita itu boleh dihantar melalui telegram. Perkhidmatan telegram boleh diperolehi dari pejabat Telekom atau paling mudah pergi ke balai polis terdekat. Orang-orang kampung JR masa zaman tahun 1990an dulu dan sebelumnya lebih suka pergi ke balai polis untuk hantar telegram. Maklumlah balai polis dibuka 24 jam, pejabat Telekom pula cuma dibuka ikut waktu pejabat. Kalau ada kematian berlaku di tengah malam masa tu juga boleh ke balai polis buat pesanan  telegram kepada kaum keluarga yang lain. 
Biasanya kalau kita hantar telegram melalui balai polis, balai polis berkenaan akan salurkan pesanan telegram itu melalui telex kepada balai polis yang terdekat dengan alamat penerima telegram. Balai polis yang menerima telegram itu akan membawa surat telegram tersebut untuk disampaikan serta merta dengan tangan kepada si-penerima.

Kalau tak salah JR yang pernah juga hantar telegram, bayaran yang dikenakan untuk setiap telegram adalah berdasarkan kepada berapa patah perkataan yang dihantar. Untuk telegram segera (biasanya berita kematian atau kecemasan lain) setiap perkataan akan dikenakan caj 20 sen. Dalam tempoh beberapa jam biasanya telegram itu akan sampai kepada penerima. Untuk telegram biasa, caj yang dikenakan cuma 10 sen untuk satu patah perkataan. Telegram biasa tempoh sampainya lambat sikit - biasanya lebih 24 jam.

Penghantaran telegram semasa itu menggunakan mesin telex yang cuma ada di pejabat Telekom dan balai polis. Apabila komputer mula diperkenalkan di Malaysia barulah telegram dihantar melalui komputer.  


                                         (sumber: google)

Bagi menjimatkan kos, biasanya penghantar telegram cuma menghantar pesanan paling ringkas kepada penerima, contohnya:


Kalau nak hantar telegram kepada kekasih sebagai kejutan pun boleh juga...tentu si-dia seronok menerimanya:


Itulah seronoknya hidup di zaman dulu, penuh cabaran!! Zaman ini kalau nak sampaikan pesanan boleh guna SMS, Whats App, WeChat dan macam-macam lagi application. Tak perlu tulis pendek-pendek seperti dalam telegram, kini nak tulis teks panjang 10 jengkal pun no problem. Kalau dulu hantar surat seminggu baru sampai, hantar telegram paling cepat 4-5 jam baru sampai, kini semuanya mudah dan cepat...segalanya di hujung jari sampai serta merta!


                                                   Contoh telegram dari Australia - sumber: google

10 comments:

  1. betulllahJR... teringat nastolgia zaman dulu kan..telegram bukanlah sst yg sangat dialu-alukan kedatangannya kan..penuh suspen...huhuhu

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang pun dah ada Telegram tau JR...lagi best dari Whatsapp...JR cubalah di hp baru JR tu :)

    ReplyDelete
    Replies


    1. Kalau saya tidak salah. "Telegram" di zaman sekarang ini adalah salah satu aplikasi di cellphone kita. Ngomong-ngomong,apakah di Malaysia masih ada jasa pelayanan Telegram baik di Telkom atau di kantor Polisi?? Di Indonesia ini pelayanan Telegram sudah dihentikan kurang lebih sejak 7 tahun yang lalu.


      Delete
  3. Saya rasa cikgu saya pernah cerita kat kitorang pasal telegram org dulu2. Tapi sekarang semua benda ada di hujung jari jer. Hehe

    ReplyDelete
  4. Ana tau kewujudan telegram pun lepas tgk citer cinta fotokopi. Hihi. Nostalgia betul zaman dulu kala kan.

    ReplyDelete
  5. Mak abah mendapat telegram ni dulu samalah macam kita dapat sms dari kampung terutama tengah-tengah malam...

    ReplyDelete
  6. Akan datang tak macam mana pulakkan agaknya. Mungkin telepati. Guna otak je. Haha

    ReplyDelete
  7. sekarang ni app telegram pun dah ada kat smartphone walaupun tak sama macam telegram dulu..heheh

    ReplyDelete
  8. masa servis telegram ditamatkan, terasa sikit sayu..zaman dah berubah..ada benda yg dah tak diperlukan lagi.

    tapi skrg bila ada apss telegram, terus teringat telegram dolu2. :)

    ReplyDelete
  9. Telegram apk also added brief sharing buttons to forwarded messages from bots, channels, and public businesses. Notifications about messages with stickers will now display the applicable emoji so you ll understand the overall idea at the start look.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....